Usahawan Sudah Kaya Tamak Nak Lebih Kaya Lagi

blogger templates

Usahawan Sudah Kaya Tamak Nak Lebih Kaya Lagi

Sewaktu menjalankan sesi motivasi di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta baru-baru ini, saya telah diajukan soalan menarik dari salah seorang peserta program. Beliau bertanyakan pandangan saya agar dapat menjelaskan kenapa ada usahawan yang sudahpun kaya tapi masih bertungkus lumus berkerja seolah-olah tamak nak lebih kaya lagi. Mereka sepatutnya bersyukur dengan kurnian yang diberikan. Maka, saya terpanggil berkongsi topik persoalan tersebut untuk perkongsian juga pandangan dari pembaca sekelian.

Individu terkaya Malaysia 2016

Perspektif Maksud Keusahawanan Sebagai Kerjaya


Memandangkan topik sesi adalah berkisar keusahawanan sosial yang ramai masih keliru perbezaannya dengan aktivis dan sukarelawan, saya mengulas persolan tersebut berdasarkan perkongsian fakta 'sociopreneurship' dari pemerhatian dan pengalaman peribadi dan kerjaya.

Pertamanya, kita perlu mengenali maksud ‘usahawan’ itu terlebih dahulu. Ia tidak sesekali sama dengan 'makan gaji'. Tidak bermaksud satu lebih baik dari yang lain, cuma keduanya perlukan perspektif pemikiran dan etika tindakan yang berbeza. Ada yang mampu berhenti makan gaji menjadi usahawan dengan perniagaan yang mereka bina dan ada yang 'bungkus'. Namun ada juga yang sekian lama masih lagi 'cari duit lebih’ dengan pelbagai ‘bisnes part-time’atas alasan minat atau sayangkan bidang kerjanya... wallahualam.

Statistik ekonomi mengikut kaum

Kejayaan Dan Kegagalan Keusahawanan


Fakta juga menyatakankan ramai yang kecundang dalam perniagaan dan kembali berkerja makan gaji adalah disebabkan minda yang belum bersedia memahami apa itu 'usahawan'. Memulakan perniagaan demi keuntungan ‘duit atau title usahawan' tetapi masih berfikiran minda subsidi dan bertindak seperti berkerja makan gaji. Ada juga yang ambil mudah, tiada persediaan rapi dan tiada displin dirangka atas asbab 'kerja sendiri'.

Bila cabaran melanda, mereka tiada ketahanan tambahan lagi bila tersilap langkah... kerugian, tiada duit dan tiada 'income', malah berhutang hingga merasakan seluruh dunia menghimpit. Namun ada yang tetap tabah melalui fasa ‘trial and error’ dan terus berusaha hingga berjaya. Mereka yang tabah istiqamah dan berusaha memperkasa diri dengan ilmu dan displin itulah USAHAWAN yang dimaksudkan.

Robert Kiyosaki

Berdasarkan pengalaman hampir kebanyakkan usahawan berjaya yang saya kenali tidak mewarisi harta atau keluarga berada. Mereka berjaya disebabkan kesempitan hidup dan minat yang mendalam hingga menghasilkan niat dan matlamat yang padu dalam jiwa untuk berjaya. Tabah jatuh dan bangkit menangani pelbagai cabaran dengan sabar serta terus yakin bertindak atas usaha, usaha dan usaha itu menjadikan mereka usahawan dan berjaya. 

Persepsi usahawan sudah kaya tapi masih tamak nak lebih kaya lagi itu tidak betul.


Persepsi itu lahir dari TANGGAPAN negatif sesetengah individu yang mengukur usahawan dari aspek taksub tamak haloba duit dan material semata-mata. Hampir semua usahawan berjaya, masih terus berusaha keras kerana ia sudah menjadi rutin yang mendarah daging dalam diri mereka walaupun ada yang telah mencapai tahap jutawan sekalipun. Malah merekalah penyumbang terbesar wakaf, zakat dan pembiaya projek-projek keagamaan, kemanusiaan dan juga kemasyarakatan.
 “Ada petani, penoreh dan sebagainya yang tidak boleh berhenti melakukan aktiviti walaupun sudah berusia. Mereka merasa kurang sihat dan ‘tak senang duduk’ jika berehat-rehat tanpa aktiviti rutinnya. Itulah juga sebenarnya berlaku kepada usahawan… mereka telah biasa mendepani cabaran sehingga minda mereka terlatih mahu terus berusaha dan bertindak…”

Persepsi negatif masyarakat kita bila memperkatakan tentang usahawan perlulah dihapuskan. Ramai hanya melihat kejayaan tanpa cuba menyoroti cabaran yang mereka hadapi. Ramai juga yang menganggap kejayaan usahawan disebabkan minda oportunis, walhal ia hasil praktikal minda mengenal dan mencipta potensi peluang yang bermanfaat kepada diri juga pembangunan sosio-ekonomi negara. 

Hassan Al Banna

Untuk lebih kebenaran, anda perlulah selidiki sendiri. Jalan terbaik adalah menjadi usahawan dan mendekati usahawan-usahawan yang telah berjaya. Berusaha kenali mereka, belajar dan berada dalam kelompok dunia mereka berbekalkan niat, matlamat dan rancangan tersendiri untuk berjaya.

Bagaimana caranya?... anda fikirkan USAHA sendiri bagaimana untuk bertindak dan menjayakannya kerana penyelesaian itulah asas utama untuk anda menjadi seorang usahawan.

0 Response to "Usahawan Sudah Kaya Tamak Nak Lebih Kaya Lagi"

Post a Comment

Close ADS [X]