SITI NORDIANA JAGA HATI ISTERI ALIF SATAR

blogger templates

SITI NORDIANA JAGA HATI ISTERI ALIF SATAR


siti-nordiana-jaga-hati-isteri-alif-satarNampaknya tuah bagi penyanyi Siti Nordiana (Nana) semakin mencurah-curah.  Selepas bergelar juara Gegar Vaganza, kini dia popular sebagai pelakon pula apabila drama bersiri lakonannya Dia Semanis Honey mendapat sambutan yang luar biasa. Sehinggakan ada yang melihat Nana dan Alif benar-benar ada keserasian.
“Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga. Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah.
Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua. Kebanyakkan babak romantik saya mohon agar tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” jelas Nana.

0 Response to "SITI NORDIANA JAGA HATI ISTERI ALIF SATAR"

Post a Comment

Close ADS [X]