FASHA SANDHA PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AEDY ASHRAF?

blogger templates

FASHA SANDHA PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AEDY ASHRAF?



catsBaru-baru ini, pelakon Aedy Ashraf ada mendedahkan bekas suami Fasha Sandha iaitu Jejai ada bertindak untuk menegur beliau kerana berkawan rapat dengan Fasha.

Namun, Aedy tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai insiden tersebut dan hanya menegaskan beliau dan Fasha sudah lama kenal dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Susulan perkara itu, Fasha juga tampil memberikan kenyataan bahawa beliau sudah mengenali Aedy sejak aktor itu masih kecil dan terlibat dalam beberapa drama bersama. Malah, hubungan mereka ibarat kakak dengan adik.
Saya kalau boleh memang dah tak mahu komen lanjut pasal hal dengan bekas suami. Sebenarnya, saya telah bekerja dengan Aedy sejak lama lagi iaitu sejak dia kecil.

Pertama kali semasa filem 9 September dan kemudiannya di dalam drama Cinta Elysa di mana dia melakonkan watak adik saya.


Sekarang pula saya dan Aedy berlakon sama di dalam drama Lara Aishah sebanyak 100 episod. Jadi, sudah tentu kami banyak berada di lokasi kerana penggambaran drama ini begitu panjang. Saya panggil dia adik. Kami dah macam adik dan kakak.

0 Response to "FASHA SANDHA PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AEDY ASHRAF?"

Post a Comment

Close ADS [X]