Pengakhiran dua penjenayah

blogger templates

Pengakhiran dua penjenayah


Gombak: Dua penjenayah berusia 40 dan 41 tahun maut selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Lagong, Kundang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 3 pagi itu, anggota polis yang sedang membuat tugasan rondaan jenayah terserempak dengan kereta model Proton Waja dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori mereka sejauh dua kilometer untuk pemeriksaan
Bagaimanapun, suspek dikatakan melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah anggota polis selepas kenderaan mereka hilang kawalan sebelum ia dibalas anggota polis yang menyebabkan dua lelaki berkenaan mati di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui dua pisau, parang, besi, sarung tangan, topeng ski dan nombor pendaftaran kenderaan palsu pada suspek.
"Kami percaya mereka dalam perancangan hendak melakukan jenayah samun berdasarkan penemuan senjata dan peralatan lain pada mereka," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, pagi tadi.
Antara senjata dan peralatan dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

0 Response to "Pengakhiran dua penjenayah"

Post a Comment

Close ADS [X]