Kahar bebas dengan parol, bertaubat

blogger templates

Kahar bebas dengan parol, bertaubat


Shah Alam: Lelaki yang mendakwa dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, 66, dibebaskan dengan parol dan mengisytiharkan dirinya bertaubat dalam satu majlis khas anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini.
Setiausaha MAIS Datuk Bakhtiar Hussin berkata, Abdul Kahar dibebaskan selepas menjalani
hukuman penjara atas kesalahan mengikut Seksyen 8 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
"Pembebasan itu diakhiri dengan pengisytiharan beliau menzahirkan penyesalan mendalam dan
bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan lampau seperti mendakwa diri sebagai Rasul, menyebarkan doktrin palsu bertentangan dengan syarak selain mengingkari dan melanggar arahan mufti.
"Beliau turut memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama lslam dan juga kepada seluruh umat lslam yang terguris hati atau terkeliru dengan ajaran salah yang dirujuk kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
Menurut Bakhtiar, Abdul Kahar turut menandatangani Dokumen Pengisytiharan Taubat yang disaksikan sendiri olehnya di Pusat Rawatan Islam Al Manarah, Kuang.
ABDUL Kahar menandatangani dokumen pengisytiharan taubat. FOTO ihsan MAIS

0 Response to "Kahar bebas dengan parol, bertaubat"

Post a Comment

Close ADS [X]